Tuesday, September 16, 2014

Kesalahan Umum Dalam Solat : Menghadap Kiblat

Kesalahan Umum Dalam Solat : Menghadap Kiblat

Sudahkah kita menghadap kiblat ketika solat? Selalu saya melihat di setiap jemaah, tubuh mereka tidak menghadap kiblat  ketika solat. Kesalahan yang sama tetap saya jumpai pada jemaah yang lain. Posisi kaki yang salah ketika berdiri.


Jari-jari kaki haruslah lurus menghadap kiblat. 


Apabila kamu berdiri untuk shalat, sempurnakanlah wudhu, kemudian menghadap kearah kiblat, lalu bertakbirlah (HR Bukhari – Muslim)

posisi kaki ketika berdiri dalam solat


Gambar yang salah adalah posisi kaki yang paling umum saya jumpai. Perhatikan, jari-jari kaki tidak menghadap kiblat. Ada cerita unik dari cerita wawak (uwa) saya. Ketika beliau solat di Makkah dengan posisi kaki yang salah tersebut, lalu seorang Arab menegurnya. "La...la.." Kemudian orang Arab tersebut membenarkan posisi kaki wawak hingga benar, seperti gambar benar di atas.

Apa kegunakan posisi kaki lurus seperti itu? Ingat kembali hadist berikut ini.



Lurus dan rapatkan shaf kalian, karena lurus dan rapatnya shaf adalah bagian dari kesempurnaan tegaknya shalat (HR Bukhari, Muslim)

Saya pernah mencuba membenarkan posisi kaki beberapa teman saya, tetapi mereka katakan rasanya agak kurang selesa. Padahal cuma belum terbiasa saja. Saya fine-fine aja..


Pernah suatu ketika saya solat berjemaah, lalu merapatkan shaf dengan makmum lainnya hingga kaki kami bersentuhan seperti gambar di bawah. Tetapi, makmum tersebut menggeser kakinya sehingga ada celah diantara kaki kami. :(



Posisi kaki ketika shalat berjamaah (tumit belum rapat)



sumber: kaeshafiz.wordpress.com

Dari Abu Qosim Al-Jadali berkata: Aku mendengar Nu'man Bin Basyir berkata, 
"Rosulullah Sholallahu Alaihi Wassalam menghadapkan wajahnya kepada manusia dan bersabda (yang artinya): Luruskan shaf-shaf kalian ! Luruskan shaf-shaf kalian !Luruskan shaf-shaf kalian ! Demi Allah benar-benar kalian meluruskan shaf-shaf kalian atau Allah akan menjadikan hati kalian berselisih"

Nu'man berkata, "Maka aku melihat seseorang melekatkan bahunya dengan bahu kawannya, lututnya dengan lutut kawannya, mata kaki dengan mata kaki kawannya" (HR. Abu Daud 662, Ibnu Hiban 396, Ahmad 4272, Dishohihkan Syeikh Al-Albany dalam As-shohiha No. 32).


Mari kita rapatkan saf kita dan membenarkan posisi kaki!


Kulit mati dengan cepat


Apakah karbunkel kencing manis?
Ia adalah sejenis jangkitan kulit dialami pesakit kencing manis. 
PEMBEDAHAN saucerization bagi membuang keseluruhan kulit mati di bahagian belakang tubuh pesakit.
Disebabkan kawalan kencing manis yang lemah, bakteria menjangkiti kulit dan mula merebak. 
Di manakah kawasan cenderung untuk berlaku karbunkel kencing manis? 
Belakang leher atau bahagian belakang tubuh pesakit yang tidak sukar dilihat atau dikesan dengan mudah. 

Adakah ia berbahaya? 
Apabila jangkitan itu merebak, kulit yang terbabit mati dengan sangat cepat dan kawasan jangkitan menjadi lebih besar. Ini berbahaya kepada pesakit kencing manis. 
Jika jangkitan membabitkan tisu yang lebih dalam seperti otot, jangkitan bakteria pada lapisan fasia bawah kulit itu akan menyebabkan kerosakan tisu lebih besar. 

Bolehkah ia dirawat dengan antibiotik saja? 
Disebabkan kawasan kulit yang mati luas (nekrosis) dan agresif dalam menyebarkan bakteria, antibiotik saja tidak mencukupi. 

Apakah rawatan karbunkel kencing manis? 
Doktor akan mengawal kencing manis dan antibiotik intravena untuk mengawal darah dan jangkitan kulit setempat. Pembedahan kecemasan dilakukan untuk membuang tisu mati dan untuk mengawal jangkitan kulit. 

Bagaimanakah pembedahan dapat membantu? 
Menerusi pembedahan, seluruh kawasan kulit mati dan jangkitan akan dibuang. Jika jangkitan lebih luas, kawasan kulit yang lebih luas perlu dibuang. Ini bagi mencegah jangkitan untuk kulit sihat. 

Mengapa pembedahan ini dipanggil ‘saucerization’? 
Ini kerana bentuk kulit selepas pembedahan adalah seperti piring atau plat. Asas piring adalah otot dan pinggir piring adalah lebihan kulit. 

Apakah bahayanya jika penyebaran jangkitan tidak dapat dikawal? 
Jika ia merebak lebih dalam hingga ke otot, keadaan menjadi terlalu berbahaya kerana pembedahan perlu mengeluarkan atau membuang terlalu banyak kulit dan otot dan ini mengakibatkan hidup pesakit lebih berbahaya. 

Mengapa penting jangkitan kulat itu dirawat awal? 
Hanya sedikit tisu mati yang perlu dibuang dan lebih cepat pemulihan selepas pembedahan. 

Berapa lama perlu menunggu untuk kulit tumbuh semula selepas pembedahan? 
Biasanya, ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk kulit tumbuh semula selepas pembedahan. Kadar pertumbuhan kira-kira satu mililiter setiap hari bagi menyembuhkan kulit yang terjejas. 

Adakah balutan penting untuk rawatan bisul? 
Selepas pembedahan, luka perlu dibalut setiap hari di klinik terdekat atau di rumah bagi menjaga kebersihan luka dan ini penting bagi mengelak jangkitan kuman. 

Apakah jenis bahan yang sesuai untuk balutan luka besar seperti itu? 
Ada banyak jenis bahan balutan di pasaran. Bagaimanapun, disebabkan saiz besar luka yang dijangkiti dengan pengeluaran cecair dari luka, bahan balutan bukan pelekat diperlukan untuk menjadi pelapik luka selain membantu menyerap pengeluaran cecair. 

Apakah kaedah yang dilakukan pada kulit yang terjejas selepas pembedahan? 
Kulit dari kawasan lain yang normal, contohnya paha atau perut, diambil untuk implan ke dalam kawasan kecacatan kulit (selepas kawasan pembedahan jangkitan kuman), untuk penyembuhan luka lebih cepat. 

Apakah kriteria penting untuk menampal kulit pada bahagian kulit yang dibuang? 
Kawasan kecacatan yang akan diimplan kulit baru mesti bebas daripada jangkitan. Jika tidak, jangkitan boleh merosakkan kulit baru yang diimplan ke kawasan ini. 

Pesakit mesti mampu menjaga luka di kedua-dua kulit iaitu kulit pada bahagian tubuh yang diambil (penderma) dan pada kulit yang ditampal kulit baru (penerima).

KISAH TANDAS DAN MINDA KELAS KE-3

toilet kotor
INILAH AKIBATNYA KALAU TAK TAHU NAK GUNA TANDAS DUDUK TU..

.INILAH KEADAAN TANDAS YANG DIPIJAK OLEH MANGSA DI ATAS, maaf kalau anda ringan atau berat tetap tidak boleh duduk dengan cara yang salah ya..

DI MANA-MANA SELAGI ADA ORANG YANG 3RD MINDED CLASS, SELAGI TU  LA AKAN ADA TOILET YANG KOTOR SEPERTI INI...


 KALAU DAH GELI SANGAT, GUNA TISU UNTUK LAPIK.. KAN BAGUS MACAM NI


BEGINI CARA YANG BETUL ..


TENGOK...GAJAH LAGI KAN BOLEH DIAJAR TOILET DUDUK..INIKAN PULA MANUSIA YANG DIBERI AKAL OLEH ALLAH..




SIAPA YANG BERSALAH?????

Kuala Lumpur: Penemuan mayat seorang bayi lelaki berhampiran Taman Wilayah Jinjang menimbulkan tanda tanya apabila mangsa lengkap berpakaian, termasuk dipakaikan sarung tangan dan kaki.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, mayat bayi itu dibuang individu tidak bertanggungjawab di tepi longkang berhampiran sebuah stesen minyak.
Mayat bayi cukup sifat itu turut dipakaikan baju dan seluar berwarna merah jambu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat bayi itu ditemui pekerja memotong rumput sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.
“Mayat bayi itu tersangkut pada batu di tengah longkang. Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung bayi itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan.

KEMALANGAN DAHSYAT KAKITANGAN TNB KULIM,KEDAH

kemalangan di kulim kedah

Maklumat lengkap yang diterima. Yang mana telah berlaku kemalangan dahsyat di Kulim Hi-Tech Park, Kulim Kedah. Lokasi kemalangan terletak berdekatan dengan Kilang Saint Gobain dan First Solar. Yang mana mangsa terlibat dalam kemalangan ini adalah terdiri daripada kalangan kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri. 5 orang kakitangan TNB kesemuanya.
Kemalangan ini agak teruk sehingga menyebabkan tiang lampu jalan bersekali dengan bongkah batu foundation pun boleh tercabut sama dan dalam pada masa yang sama mangsa-mangsa telah tercampak keluar. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Ramai yang mengatakan kereta telah dipandu laju.
Kami dimaklumkan mangsa telah dimasukkan ke ICU. Kemalangan yang berlaku pagi tadi berpunca kereta mangsa yang gagal dikawal telah berpusing dan melanggar tiang lampu.

Janganlah kamu menghampiri zina - ZINA MATA!


 12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:

1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi.

Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya.

Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan terorganisasi' yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.

Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius.

Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.

Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :

a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.
Agama Islam telah membuat larangan keras melihat aurat dan kemaluan orang lain. Sabda Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud, "Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita lainnya" [Hadits shahih. Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah, dari Abu Sa'id Al-Khudriy radhiyallahu "anhu]

Dan Islam bukan sahaja melarang dari berzina, tetapi menghampiri zina pun sudah dilarang.  Ini kerana perbuatan menghampiri zina (contohnya menonton pornografi) pun banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.  Bukti-bukti saintifik pun sudah dijelaskan seperti di atas.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” (Surah Al-Israa' : Ayat 32)

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela." (Surah Al-Ma’arij :  Ayat 29-30)

Sunday, September 14, 2014

PENGORBANAN IBU BAPA MENCARI REZEKI UNTUK ANAK..KENANGLAH MEREKA












Pengorbanan Ibu Bapa

Sekarang cuba bayangkan,

Ketika kita berusia 1 tahun, orang tua memandikan dan menyiapkan kita, sebagai balasannya, kita menangis di tengah malam.

Ketika kita berusia 2 tahun, orang tua mengajar kita nama kita dan panggilan ayah dan ibu, sebagai balasan, kita buat2 tidak dengar ketika mereka memanggil kita.

Ketika kita berusia 3 tahun, orang tua memasakkan makanan kegemaran kita, sebagai balasa...
n, kita menumpahkannya di merata tempat.

Ketika kita berusia 4 tahun, orang tua membelikan kita pensil warna, sebagai balasan, kita menconteng dinding rumah dengan pensil warna tersebut.

Ketika kita berusia 5 tahun, orang tua membelikan kita baju yang cantik2, sebagai balasan, kita mengotorkannya dengan bermain-main di taman permainan.

Ketika kita berusia 7 tahun, orang tua membayar kos yang mahal untuk mensekolahkan kita, sebagai balasan, kita belajar dengan malas2.

Ketika kita berusia 23 tahun, orang tua menunggu-nunggu panggilan telefon daripada kita, namun kita sibuk menelefon rakan2 kita.

Ketika kita berusia 30-40 tahun, orang tua selalu sakit-sakit dan memerlukan perhatian daripada kita terutama perbelanjaan kesihatan dan makanan yang berkhasiat, kita sudah memberi alasan kita sudah ada tanggungjawab terhadap anak isteri yang perlu diselesaikan.

Mungkin itulah yang menyebabkan rezeki kita tersekat dan selalu merasa tidak cukup. Kadang-kadang duit sudah cukup, tetapi keluarga kita selalu didatangi masalah, jiwa kita tidak tenang, kerana kita melupakan jasa ibu bapa kita yang sangat besar.

Dan kita abaikan saja umur mereka yang masih ada tanpa berusaha untuk berbakti kepada mereka. Sama-sama kita fikirkan hal ini.