Tuesday, September 16, 2014

KEMALANGAN DAHSYAT KAKITANGAN TNB KULIM,KEDAH

kemalangan di kulim kedah

Maklumat lengkap yang diterima. Yang mana telah berlaku kemalangan dahsyat di Kulim Hi-Tech Park, Kulim Kedah. Lokasi kemalangan terletak berdekatan dengan Kilang Saint Gobain dan First Solar. Yang mana mangsa terlibat dalam kemalangan ini adalah terdiri daripada kalangan kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri. 5 orang kakitangan TNB kesemuanya.
Kemalangan ini agak teruk sehingga menyebabkan tiang lampu jalan bersekali dengan bongkah batu foundation pun boleh tercabut sama dan dalam pada masa yang sama mangsa-mangsa telah tercampak keluar. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Ramai yang mengatakan kereta telah dipandu laju.
Kami dimaklumkan mangsa telah dimasukkan ke ICU. Kemalangan yang berlaku pagi tadi berpunca kereta mangsa yang gagal dikawal telah berpusing dan melanggar tiang lampu.

No comments:

Post a Comment